CAMAR
Camar tersedar dari tidurnya
Menongkah arus hidup
Setelah kelmarin, mentari datang lagi
Mampukah camar bangun
Melihat sinar pagi
Bebas pelukan mimpi semalam
Retak getarnya menyusun langkah semalam
Perit rintihnya camar
Kerana merencana langkah nanti
Kerana camar sedar
Camar baru tersedar
Sendiri camar mencorak hari
Untuk pulang ke pangkuanMu
Kerana selama ini
Camar melayan mimpi
Utan Aji 1712, 18021997
Saya hanyalah seorang penulis yang menulis untuk meluahkan rasa kepada mereka yang ingin membacanya.
Subscribe to my feed