PENANTIAN
Maka ribuan tentera
Di sisinya mata pemusnah
Bersama panji tercinta
Titis peluh itu titis pendekar
Terpercik ke tanah
Mengalir menjadi sungai
Airnya panas melawan
Hari menjadi semakin galak
Dengar suara rungutan
Anak watan hilang ketuanan
Menatapi daulat pribumi terkafan
Mereka tentera itu
Belum beradu
Kerana suara nakhoda
Tak kunjung tiba
Lebuhraya Utara Selatan 1020, 22071997
Saya hanyalah seorang penulis yang menulis untuk meluahkan rasa kepada mereka yang ingin membacanya.
Subscribe to my feed