About Me

Subscribe now!Feeds RSS

Latest posts

Hot Links

Wednesday, June 30, 2004
1 comments




AKI NABALU

Semalam
Sumazau dari tanah kinabalu
Lambang keramat aki nabalu
Orang sebelah bertandang
Memberi gawai panas
Santun dayaknya

Semalam
Pagi di bawah bayu dingin
Deru tiupan sempoton
Seramah orang tua melayu
Terpanggil mengadap kinabalu
Tergerak mengucup manis
Anak kata anak kadazan
Anak kata bidayuh, iban, murut
Bajau jua rakan dusun

Semalam
Tari sumazau sepanas air hangat di hyatt
Jua hidang orang sebelah
Ibu pertiwiku, dora, ana
Rowland juga veckynya anak kapit
Anak tawau, sandakan
Beriring menadah tangan
Salam yang tersambut

Semalam
Pasar Filipina milik siapa
Tiga puluh atau lebih
Anak-anak niaga, yen
Ibu yang kukenali
Teman pemanas telinga
Jua tubuh dari bilik beku

Semalam di hyatt
Semangat tari anak kadazan
Menunduk diri
Mengenang lambaian
Mengenang tanah kundasang
Sejenak di masjid
Untuk solat jumaat

Semalam
Qasar dan jamak beradik
Mengemas diri

‘Arap ke enda buai batu
Lalu arap ke meda de
Dudi ari ila
Ingat-ingat meh selalu au’
Buah tangan pahlawan kapit
Bersama puteri-puterinya

Semalam
Gurau anak ana
Jua anakku
Dan semalam
Berlalu

MAS 737-400 KK-JB-KL 1440, 27071997

Comments
1 comments
Do you have any suggestions? Add your comment. Please don't spam!
Subscribe to my feed
Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! » » »

Post a Comment