KAF
Mengalirlah sepuas hatimu
Basahi seluruh lurah kering gunung
Dan siramilah pamah itu
Biar penghuni desa ini kenal lopak
Biar mereka yang turun ke lembah
Basah dan tertawa
Mereka takkan lupa lagi wajah seluang
Kerana burung bangun pagi
Pasti menyanyi hari ini
Menyusun kata memuji
Kerana pohoan tinggi kan merimbun
Mengasihi, meneduhi yang rendah
Asyik menjalar memeluk bumi
Mengalirlah ke hilir
Agar sang perahu punya muara
Untuk belayar jauh
Mencari cintanya
Al-ansar 2248, 09052002
Saya hanyalah seorang penulis yang menulis untuk meluahkan rasa kepada mereka yang ingin membacanya.
Subscribe to my feed