MAWAR DAN DURI
Mekarnya menjadi idaman
Manifestasi rindu kuntuman impian
Merah hati menjadi pesona
Saban waktu memikat insani
Terbawa hingga menjadi mimpi
Tiada ditafsir cantiknya
Tiada puisi terbanding
Bahasa yang tak ketemu makna
Mawar juga punya duri
Dicipta untuk melindungi
Namun dirinya bukan rebutan
Padanya cuma cemuhan
Itulah simbol derita
Itulah onar yang meluka
Hadirnya cuma disambut benci
Ingin dijauhi
Namun Tuhan yang mencipta mawar
Dia juga yang mencipta duri
Dicantum menjadi pasangan
Cuma manusia
Tidak mahu berfikir
Kangar 1207, 20032002
Saya hanyalah seorang penulis yang menulis untuk meluahkan rasa kepada mereka yang ingin membacanya.
Subscribe to my feed
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Nude boating nude birthday party